Aspati Training Official Forum
Sesiapa yang belum Daftar moh le mendaftar.
Yang dah tu Alhamdulillah!!!
March 2017
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Calendar Calendar

Shoutmix

Latest topics
» Animasi & Filem : Format Skrip
2/8/2011, 12:35 pm by mohamad norashraf

» Forum Aspati Training di Aktifkan!
9/1/2011, 9:46 pm by hafiz554

» Status semasa
3/11/2010, 3:13 pm by Azzan

» Selamat Datang ke Forum JobCamp
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» GIGA-BOTTTTTTTTTT
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» Topik Baru
23/9/2010, 5:31 pm by mustahil

» Kepada yang baru register-Let's Break The Ice!!!-
23/9/2010, 5:29 pm by mustahil

» Arif - Animasi Pantas.
13/5/2010, 5:06 pm by mustahil

» Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG
9/2/2010, 5:23 pm by mustahil


Tazkirah Ramadhan

View previous topic View next topic Go down

Tazkirah Ramadhan

Post by mustahil on 2/9/2009, 4:19 pm


Fasa-fasa puasa yang berjaya:



Fasa pertama (2-3hari):

Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah



Fasa kedua (3-14 hari):

Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.



Fasa ketiga(14-akhir puasa):

Lidah
menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih
dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental,
emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan
puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan
dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan
lancar.

avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by Asylum on 3/9/2009, 5:04 pm

ini bagus nih.....boleh menyihatkan badan....bagus2..
avatar
Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by mustahil on 3/9/2009, 5:33 pm

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by ^kucing^ on 3/9/2009, 6:30 pm

errr...yg pasai bunyi di langit tu leh masuk dalam forum ni ker?
avatar
^kucing^

Posts : 17
Join date : 2009-09-03

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by mustahil on 3/9/2009, 6:36 pm

boleh..tapi make sure sanad hadis tu smpai ke dari Rasulullah?sbb ade gak bgtau hadis tu hadis palsu!..kt internet mcm2 hadis boleh direka..sila rujuk pada mana2 badan2 agama atau alim ulama sebelum berjazam pd sesuatu hadis yg agak pelik..baik dari segi ganjaran atau hukuman..wallahua'lam.. Very Happy
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by mustahil on 4/9/2009, 9:48 am

Solat dan Warna : Rahsia solat pada awal waktu
Setiap peralihan waktu solat
sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan
dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan
warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat
dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh
alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna
biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal
waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama
kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana
tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan
masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan
rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh,
tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah
yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk
dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat
tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke
warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan
masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi
mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang
kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna
oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang
daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad
dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di
waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak
berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra- red) dan ini bermakna jin
dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan
alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya
berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana
banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem
tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana
ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus
dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan
dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas
perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah
sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke
sistem tubuh.

Kita
sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan'
syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana
hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan
kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga
solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi dan yoganya - Mad
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by ^kucing^ on 4/9/2009, 9:53 am

ada sesapa pi kelas taici n yoga ker? Rolling Eyes
avatar
^kucing^

Posts : 17
Join date : 2009-09-03

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by yong on 4/9/2009, 10:10 am

^kucing^ wrote:ada sesapa pi kelas taici n yoga ker? Rolling Eyes

yong tak pi taici n yoga... tp yong pi kelas ngaji... alhamdulillah
avatar
yong

Posts : 10
Join date : 2009-09-03
Age : 40
Location : ipoh

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by Asylum on 4/9/2009, 12:34 pm

hmm...amat berguna...
avatar
Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by mustahil on 8/9/2009, 3:59 pm

Daripada
Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam
baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan
puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa
maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak
meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata :
Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad
ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi
Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa
dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila
berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu
Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari,
Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by yong on 9/9/2009, 11:00 am

Usah Buka Aib Sesama Muslim

Baca lah. Sekadar untuk renungan. Perkara yg berat tetapi sering di ambik remeh oleh kita selaku umat manusia.


DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."

Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

avatar
yong

Posts : 10
Join date : 2009-09-03
Age : 40
Location : ipoh

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by aris on 9/9/2009, 4:03 pm

hari puasa ke... masak apa yang paling sedap hari ini..
avatar
aris

Posts : 3
Join date : 2009-09-09
Age : 44
Location : Kota Setar

http://perakhomestay.com

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by yong on 9/9/2009, 4:07 pm

aris wrote:hari puasa ke... masak apa yang paling sedap hari ini..

weii... post mesej ni kat topik menu berbuka laa... haha...
avatar
yong

Posts : 10
Join date : 2009-09-03
Age : 40
Location : ipoh

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by Deengalimeng on 9/9/2009, 10:56 pm

" Manusia yg paling banyak berkata2 maka paling banyak membuat kesilapan " ....
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by yong on 10/9/2009, 12:05 pm

PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.
Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.
Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.
Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:


· Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

· Menangis kerana rasa takut.

· Menangis kerana cinta.

· Menangis kerana gembira.

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah.

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.
Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.
Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:


· Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

· Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

· Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.
Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.


· Apabila dahinya berpeluh.

· Air matanya berlinang.

· Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.
Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
avatar
yong

Posts : 10
Join date : 2009-09-03
Age : 40
Location : ipoh

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by Deengalimeng on 10/9/2009, 10:17 pm

yong dah tukar Avatar ... tapi masih tak berani expose kan diri ...
Masih ada kulit tebal yg wujud ....
Kita sama2 doakan agar Yong lebih berani ... AMINNNN
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by mustahil on 11/9/2009, 10:15 am

Apabila bercakap tentang Lailatul Qadar, terdapat berbagai-bagai
pendapat tentang tanda-tanda berlakunya malam tersebut. Ada yang
mengatakan apabila berlaku Lailatul Qadar, semua pokok menunduk rukuk
dan semua sungai membeku dalam kadar waktu yang singkat. Ada pula yang
mengatakan cuaca pada siang hari menjadi tidak terlalu panas dan tidak
terlalu sejuk bahana Lailatul Qadar pada malamnya. Pendek kata, ada
berbagai-bagai pandangan dan tanggapan. Apakah ianya benar? Pada hal di
dalam Al-Quran atau hadis-hadis Rasulullah saw malam Al Qadar masih
kekal tersembunyi dan misteri untuk ditentukan secara pasti.
Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu
tanda-tanda berlaku Lailatul Qadar untuk beribadah semaksima mungkin.
Hanya pada malam yang dimaksudkan itu! Apakah cara ini betul?
Sedangkan, Islam tidak mengajar demikian. Memburu satu malam bernama Al
Qadar memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi dengan aktiviti
dan usaha membersihkan hati secara konsisten. Ia bagaikan atlet 100
meter yang berlari beribu-ribu kilometer dalam tempoh beribu-ribu jam
sebagai persediaannya untuk menghadapi hari perlumbaan yang hanya
mengambil masa tidak sampai 1 minit dengan jarak 100 meter.
Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan
landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat. Jika
landasannya pendek dan terhalang, kapal terbang tidak akan mendarat.
Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat
yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya
masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki
syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam
jangka masa satu malam?
Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat.
Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al
Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan
untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja,
insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya.......
continue reading at :

http://genta-rasa.com/2009/09/10/mencari-bukan-menanti-malam-al-qadar/
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by Deengalimeng on 12/9/2009, 10:13 am

Hari ni tazkirah : Jgn membazir !

++ Aku bayar RM69 untuk makan buffet di hotel ... aku makan skit je .perut sakit!
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Tazkirah Ramadhan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum