Aspati Training Official Forum
Sesiapa yang belum Daftar moh le mendaftar.
Yang dah tu Alhamdulillah!!!
March 2017
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Calendar Calendar

Shoutmix

Latest topics
» Animasi & Filem : Format Skrip
2/8/2011, 12:35 pm by mohamad norashraf

» Forum Aspati Training di Aktifkan!
9/1/2011, 9:46 pm by hafiz554

» Status semasa
3/11/2010, 3:13 pm by Azzan

» Selamat Datang ke Forum JobCamp
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» GIGA-BOTTTTTTTTTT
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» Topik Baru
23/9/2010, 5:31 pm by mustahil

» Kepada yang baru register-Let's Break The Ice!!!-
23/9/2010, 5:29 pm by mustahil

» Arif - Animasi Pantas.
13/5/2010, 5:06 pm by mustahil

» Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG
9/2/2010, 5:23 pm by mustahil

5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 27/8/2009, 3:06 pm

Semua student yang involve animasi berkumpul di sini ...
Tolong sertakan no telefon, email dan gambar avartar sekali.
saya nak kenal

Selepas tu minta hantar synopsis keseluruhan cerita ke thread ni ..

Good luck
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Azzan on 27/8/2009, 5:59 pm

SIPUTEH – BUDAK PAWANG

SINOPSIS

Pada zaman dahulu negeri Siam diperintah oleh seorang raja yg sgt mahir dengan ilmu sihir
lalu digelar Raja Sihir. Beliau adalah seorang pemerintah yg sgt tegas dan
menggunakan ilmu sihir dalam usahanya menakluki negeri Siam.

Pemaisuri negeri Siam baru melahirkan seorang anak lelaki tetapi satu ramalan buruk telah
menyebabkan Raja Sihir benci kepada anaknya sendiri. Ramalan itu menyatakan
Kerajaan Raja Sihir akan dijatuhkan oleh putera nya sendiri, lalu Raja Sihir
memerintahkan bahawa anaknya dibunuh. Pemaisuri yang sangat sayang kepada
anaknya memerintahkan pengawal melarikan anaknya jauh ke dalam negeri jiran
iaitu Perak dan meminta pemerintah Perak menjaga putera nya itu.

Perak merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan ilmu-ilmu pawangnya yang mampu
menyembuhkan pelbagai penyakit dan melawan makhluk-makhluk jahat termasuklah
ilmu sihir. Perak diperintah oleh seorang Raja yang sangat adil, baik hati dan
tidak menyukai pemerintah negeri jirannya iaitu Raja Sihir.

Ketika pengawal berada di sebuah daerah didalam Perak yang dikenali sebagai Siputeh,
suatu perkara buruk telah berlaku, putera
raja hampir terbunuh namun diselamatkan oleh Pawang Hutan yang kemudiannya
menjaga dan menjadi guru kepada putera. Pawang Hutan tidak mengetahui identiti
sebenar Putera Raja Siam lalu memberinya nama Siputeh, sempena nama tempat
mereka ditemukan dan sempena rupa paras putera raja yang sangat cerah kulitnya.

Selepas 10 tahun, Siputeh telah membesar dan menjadi anak murid Pawang Hutan yang sangat
baik. Siputeh juga tanpa disedari mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu ilmu
dengan cepat dan kebolehan melihat perkara-perkara ghaib. Disebabkan kebolehannya
itu Pawang Hutan meminta Siputeh keluar menjelajah seluruh Perak untuk
meningkatkan ilmunya dan untuk mencari siapakah diri Siputeh sebenarnya

Bemulalah perjalanan Siputeh keseluruh pelosok kampung-kampung di negeri Perak, untuk
mencari ilmu-ilmu pawang dan juga untuk mencari identiti dirinya sendiri.

Episod 1 –Raja Sihir, Kerajaan Siam

Episod 2 – Pawang Hutan, Bukit Lengkuas

Episod 3 – Bermula Pengembaraan

Episod 4 – Penjaga Sungai Perak

Episod 5 – Pengukir Labu Sayong

Episod 6 – Lagenda Tasik Banding

Episod 7 – Wilayah Hujan, Taiping

Episod 8 – Ke Puncak Bukit Larut

Episod 9 – Pulang ke Bukit Lengkuas

Episod 10 – Pengutus Kerajaan Siam

Episod 11 – Sejarah Silam

Episod 12 – Pesanan Terakhir Pawang Hutan

Episod 13 – Bermula Pengembaraan Baru
avatar
Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by jackie on 27/8/2009, 6:08 pm

Pendekar
Bangau Putih

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang remaja
yang bernama Mat (22thn )yang mempunyai sifat patriotik dan minat pada seni
silat tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari silat.Hal ini kerana pada zaman ini agak
susah untuk Mat mencari pengamal silat .Pada masa kini orang sudah lupa pada
warisan melayu dan lebih suka terhadap hiburan yang dibawa oleh pengaruh barat.Pada
suatu hari,Mat ternampak kumpulan Sindiket Hitam bertempur dengan Kumpulan Naga
di Bandar.Kedua-dua kumpulan itu adalah kumpulan gangster yang paling
berpengaruh di seluruh Bandar.

Di dalam pertempuran itu
menyebabkan ramai orang awam terkorban,kanak-kanak termasuk ibu bapa Mat.Mat
berasa sedih dan marah pada kedua-dua kumpulan itu.Sejak itu Mat pulang ke kampung
dan tinggal bersama neneknya.

Di kampung, neneknya memberitahu
bahawa datuk Mat adalah pendekar yang handal pada suatu masa dahulu.Neneknya
menyuruh Mat berjumpa adik seguru datuknya untuk mempelajari ilmu seni silat
warisan datuknya..

Pelbagai rintangan sewaktu
mempelajari ilmu silat warisan datuknya,setelah 3thn tamat latihan silat yang
dipelajarinya.Mat kembali ke Bandar untuk menuntut bela dan hapuskan segala
kegiatan jahat kedua-dua kumpulan itu,Mat menggunakan gelaran Pendekar Bangau Putih.Adakah Pendekar Bangau Putih berjaya
mengharungi rintangan sewaktu menentang Sindiket Hitam dan Kumpulan Naga??Siapakah
yang akan membantunya?

Genre
Kategori

Cerita ini mempunyai 13 episod. Komedi
aksi. Umum

Episod 1- Dunia hari ini

Episod 2- Kejadian yang
menyedihkan

Episod 3- Cucu seorang pendekar
handal

Episod 4- Mewarisi silat datuk

Episod 5- Latihan yang keras

Episod 6- Latihan Terakhir

Episod 7- Kembali ke Bandar

Episod 8- Kemunculan Pendekar
Bangau Putih

Episod 9- Pertempuran Bermula

Episod 10- Pendekar Harimau??

Episod 11-Keletihan Melampau..(bersatunya
2 kumpulan)

Episod 12- Kehebatan jurus terakhir..

Episod13- Kembalinya keamanan.

Watak

1) Mat
sebagai Pendekar Bangau Putih

2) Pendekar
Harimau (kawan baru Mat)

3) Taring
Naga (Ketua Kumpulan Naga)

4) Jerung
Hitam (Ketua sindiket hitam)

5) Tok putih
(tok guru Mat)

6) Nur Mawar
(adik Pendekar Harimau)

7) Nenek
(nenek Mat)

Last edited by nabil on 28/8/2009, 1:02 pm; edited 1 time in total
avatar
jackie

Posts : 8
Join date : 2009-08-27

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by akmar on 27/8/2009, 6:09 pm

DANG BUNGA

Sinopsis cerita:

Kisah ini menceritakan seorang gadis perempuan yang bernama DANG BUNGA. DANG BUNGA ialah seorang gadis kampung yang sangat cantik, bijak, lemah lembut, suke berhias dan suke menyanyi sendirian. Ibu bapa dan orang kampung sangat menyayangi DANG BUNGA kerana sifatnya yang terlalu mulia. DANG BUNGA tidak mempunyai adik beradik lain ia seorang anak yang tunggal.

Setiap hari DANG BUNGA membantu ibu bapanya berkebun untuk menampung kehidupan seharian. Selesai menolong ibu bapanya, DANG BUNGA suke bersendirian pergi ke taman untuk bernyanyi di bawah pokok yang besar. Kadang-kadang DANG BUNGA berkelah bersama SURIA sahabat baiknye di bawah pokok besar itu. DANG BUNGA mempunyai sifat yang pelik suke berkawan dan suke bercakap dengan burung merpati, setiap hari juga DANG BUNGA pergi ke taman dan memberi makan pada burung kesayanganya.

Pada suatu hari sedang DANG BUNGA berseronok menyanyi dan bermain dengan burung merpatinye, DANG BUNGA di datangi seorang jejaka yang sangat tampan, DANG BUNGA sangt terkejut lalu beredar dari tempat itu. Setelah sampai ke rumah DANG BUNGA berfikir siapakah gerangan jejaka yang tanpam itu tadi, DANG BUNGA menceritakan pada sahabat karibnya tentang jejaka yang di jumpainya tadi.

Pada keesokan harinya DANG BUNGA membawa sahabatnya itu ke taman tempat DANG BUNGA terserempak dengan jejaka tersebut, DANG BUNGA mahu sahabatnya melihat jejaka itu, malangnye jejaka itu tidak muncul. Selepas dua tiga hari kemudian DANG BUNGA kembali ke taman dengan gembira sambil menyanyi, pada hari itu jugalah jejaka tampan itu muncul kembali. DANG BUNGA tersipu malu melihat jejaka itu lalu mereka mengenali antara satu sama lain, DANG BUNGA bertanyakan nama jejaka itu ialah SANG WIRA dan mereka terus bercinta. Akhirnya DANG BUNGA berkahwin dengan SANG WIRA…… TAMAT…..

cerita ini mempuyai 13 episod

episod 1 - kampung ku
episod 2 - burung kesayangan ku
episod 3 - orang tua misteri
episod 4 - pertanyaan hati
episod 5 - bermain di taman
episod 6 - pertemuan yang pelik
episod 7 - usaha seorang lelaki
episod 8 - debaran hati
episod 9 - luahan perasaan
episod 10 - bercinta
episod 11 - musuh dalam selimut
episod 12 - terbongkar hal sebenar
episod 13 - berkahwin

Watak utama : DANG BUNGA

Watak kedua : SANG WIRA

Watak ketiga : SURIA

Last edited by akmar on 27/8/2009, 6:31 pm; edited 1 time in total
avatar
akmar

Posts : 3
Join date : 2009-08-27

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Asylum on 27/8/2009, 6:16 pm

Realiti Terakhir

Pada 1500 tahun dahulu, MahaEmpayar Renvure
daripada pemerintahan bumi telah memerintahkan
12 orang wira untuk menjaga 12 jenis batu permata berkuasa sakti
daripada jatuh ke tangan mereka yang berniat jahat. Tetapi sayang,tidak semuanya mematuhi arahan yang diberi oleh MahaEmpayar Renvure.

Selepas 1500 tahun , seorang wira bernama Saffire telah hampir berjaya mengawal kesemua batu-batu permata sakti tersebut daripada jatuh ketangan orang2 jahat. Apabila beliau berada di puncak zaman kegemilangannya , beliau telah dikalahkan oleh wira yg bernama Leor, akan tetapi sebelum Saffire dikalahkan , Beliau telah mengambil langkah2 awal menyembunyikan 2 diantara 12 batu tersebut .

Mengetahui pekara tersebut isteri beliau melarikan diri dengan anak kesayangannya ke Planet Avaria yg dahulunya dikenali sebagai Planet Marikh.

Selepas 20 tahun , seorang anak muda bernama Ash , 21 tahun dari negeri semenanjung Avaria,anak kepada Saffire, bercita-cita untuk menjadi seorang pahlawan yg lebih hebat daripada bapanya untuk membalas dendam dan mencari
pembunuh bapanya,selain itu ash juga sering di ganggu oleh penjahat2 yg cuba merampas batu permata sakti yg di beri oleh bapanya dahulu

Di
sepanjang pengembaraanya, Ash telah Berjaya merungkai misteri batu
permata dan menjumpai beberapa orang rakan yg boleh membantu
disepanjang perjalanannya.

Apakah mesteri sebenarnya batu itu?
Siapakah pembunuh sebenar bapa Ash?
Berjayakah ash meleraikan dendamnya?
jadi, bermulalah satu epic pegembaraan Ash dan Batu saktinya.

EPISODE 1 - (Epilog) Memories of the Past

EPISODE 2 - Arrival!.. Valkyriea Academy...!

EPISODE 3 - Trainning Center..

EPISODE 4 - At 1st Sight

EPISODE 5 - Lay by the Elements

EPISODE 6 - Is this Love?

EPISODE 7 - Hold on to Something

EPISODE 8 - Himitsu (secrets)

EPISODE 9 - SHOCKED! The truth Revealed!

EPISODE 10 - Danger Close. Be Prepared!

EPISODE 11 - 1st Valkyriea Wars

EPISODE 12 - Malice of Retribution

EPISODE 13 - Maximise Power! (Is this Over?)

Last edited by Asylum on 12/10/2009, 10:46 pm; edited 3 times in total
avatar
Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by mustahil on 27/8/2009, 6:24 pm

HIKAYAT 1001

Genre : Umum Kategori : Teladan Jenaka

Mengisahkan kehidupan harian sekumpulan makhluk Allah
S.W.T yang bergantung hidup jauh di dalam daerah hutan hujan khatulistiwa yang
dipenuhi sedikit buah-buahan hutan, ditemani sungai bersih mengalir perlahan
berserta ikan-ikan berenang keriangan. Angin hutan yang meniup segar selalu
menyentap sanubari sesiapa sahaja yang tinggal di hutan hijau tersebut. Terzahir satu penempatan hidupan di dalamnya…

Kehidupan harian yang merangkumi
kisah suka, duka, jenaka Badang bersama-sama Pak Pandir, Mat Jenin, Hang Nadim
dan Bawang putih. Diserikan lagi dengan Bawang Merah, Si Tanggang, Sang Kancil,
Jebat, Sang Kelembai, Batu Belah Batu Bertangkup (batu bercakap), Nenek Kebayan
dan Pekan.

Mereka hidup saling bersatu padu
dalam menyelesaikan segala masalah, saling bertukar kisah silam dan berjenaka sesama
mereka dalam suasana yang cukup harmoni. Bertemu dengan masalah demi masalah,
cabaran demi cabaran dan pengalaman demi pengalaman berharga yang dapat memberi
teladan dan mesej yang bermakna.

Badang - manusia bertubuh sasa yang memiliki motivasi yang tinggi. Berfikiran
terbuka. Agak kelam kabut dalam membuat sebarang keputusan. Kuat berusaha untuk
selesaikan sebarang masalah. Selagi tak dapat selesaikan, selagi itu dia terus
berusaha. Kurang cerdik tetapi berani mencuba sehingga pengalaman mencuba itu
menjadi guru kepadanya.Kerjanya setiap hari bersama bubu kesayangan untuk
menangkap ikan sebagai santapan harian.

Pak Pandir – seorang tua yang sangat malas. Selalu memberi pendapat
yang tak bernas langsung dalam selesaikan masalah. Sentiasa memberi alasan untuk
mempertahankan dirinya yang malas. Namun, dia mempunyai watak yang pelik
sebenarnya. Kadangkala,percakapannya walaupun nampak bodoh,akhirnya boleh digunapakai.
Kadangkala, yang lain merasakan Pak Pandir sengaja buat bodoh..

Mat Jenin – sahabat karib kepada Badang. Kuat berangan sehingga
tinggi melangit. Suka akan air kelapa dan pokok kelapa. Baik hati, suka
menolong orang lain. Kurang cerdik berbanding Badang. Perkara-perkara yang
diangankan oleh Mat Jenin kadangkala merupakan cita-cita agung yang tak
mustahil boleh dicapai.

Bawang Putih – gadis ayu yang menjadi penyeri…

Episod 1 – Bermulanya Hikayat

Episod 2 – Eh..biar betul!

Episod 3 – Siapa punya angkara?

Episod 4 – Dalam diam

Episod 5 – Pencarian

Episod 6 – Teman Baru

Episod 7 – Jebat Mengamuk!

Episod 8 – Gangguan Jin Hutan

Episod 9 – Badang Vs ???

Episod 10 – Perjuangan

Episod 11 – Anugerah

Episod 12 – Di sebalik Kebenaran

Episod 13 – Kembali Harmoni

email : magneticstarter@yahoo.com fon : 0176088562
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 27/8/2009, 7:41 pm

Terima Kasih
Saya dah review semua sinopsis yg u all semua buat. Banyak idea yang dicurah dalam jangka masa cepat juga. Tahniah.

Perlu di ingat ya kalau boleh originaliti cerita tu kena ada.
walaupun cerita pak pandir mungkin olahan originaliti dari segi dialog scene dan sebagainya.

Nak tulis sinopsis ni juga ada skill nya . Ini penting bagi proses pitching dan product summary nanti.

Untuk Task seterusnya setiap student kena buka thread masing masing DAN PASTE KAN SINOPSIS TERBARU untuk start a new topic. Saya nak buka untuk commenting dan brainstorming. Lagi banyak input lagi bagus untuk pelajar semua. Mula-mula cuba fine tune kan sinopsis tu dengan belajar limitkan kepada 1 A4 ( double spacing ). Yang terpanjang cuba pendekkan dan yang pendek cuba panjangkan sikit.

Task ni saya nak tengok selasa depan.
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 1/9/2009, 11:32 am

Salamz,
Mana yang lain ni ? Saya baru nampak sinopsis Mustahil aja. Laughing
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by mustahil on 5/10/2009, 12:44 pm

MR. dEENgalimeng, sy nk tanye dalam pembinaan skrip boley tak proceed dengan bahasa pasar??atau perlu ke dialog dalam bahasa baku??
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Asylum on 6/10/2009, 10:24 am

hmm...terpikir2 jugak....selain drp bahasa ibunda kite ni ...bahasa len pun boleh ke?
avatar
Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 6/10/2009, 5:16 pm

mustahil wrote:MR. dEENgalimeng, sy nk tanye dalam pembinaan skrip boley tak proceed dengan bahasa pasar??atau perlu ke dialog dalam bahasa baku??

Tak kisah. Bahasa tu kena dekat dengan percakapan harian kita. Supaya lebih live, even bahasa loghat pun boleh digunakan
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 6/10/2009, 5:18 pm

Asylum wrote:hmm...terpikir2 jugak....selain drp bahasa ibunda kite ni ...bahasa len pun boleh ke?

Nanti akan ada process NARRATION. Track narration akan diasingkan dari track musik dan sound effect. Memang setiap produksi kena asinhkan elemen post production supaya senang di alih bahasa. Market kita bukan dalam negara sahaja.
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by hafiz554 on 7/10/2009, 11:04 pm

Mr. Deengalimeng, bila watak akan dipatenkan sbb gambo watak dah upload, some of sinopsis pun dah letak dlm forum ni. Takut kene ciplak jer.
avatar
hafiz554

Posts : 11
Join date : 2009-09-10
Age : 34
Location : Tapah

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Asylum on 8/10/2009, 12:08 am

Oh!...possible kah bende ni berlaku?
avatar
Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 8/10/2009, 1:16 am

Ada sebuah kisah ....
Di ujung kampung , tinggal seorang pemuda bernama lan. Semalam lan bermimpi berjumpa bidadari yang memberikannya cara untuk kaya. ada 3 langkah yang lan mesti ikuti untuk jadi kaya. lan tak ceritakan pada sesiapa kerana takut ada orang akan jadi kaya juga bila dapat tau cerita ni.

So lan pun menjalankan tugas pertama seperti yang diarahkan bidadari tu, iaitu berjumpa Pak Abu dan bertanyakan apa yang patut dilakukannya. Sampai kat rumah Pak Abu. Pak abu menjawab ... Ko bawak tukul ni dan pegi jumpa Pak Bulat di kampung Seberang dan tanyakan dia apa patut di buat lagi lepas tu

... pastu Lan pun pegi le ke Kampung seberang dan berjumpa dengan Pak Bulat. Pak Bulat ni lumpuh dan berpenyakit. pak Bulat terus memberitahu lan untuk pergi mengambil peti yang tertanam dibelakang rumah dia dan mengarahkan nya untuk guna tukul untuk memecahkan peti serta menghantar surat dalam peti tu kepada tok penghulu kampung bongek!.

sampai di kampung bongek , lan terpakasa bertanya mana satu rumah tok penghulu. maka lan pun bertanya lah pada satu awek yang menjual nasi lemak di kampung tu. Awek tu pun menunjukkan arah rumah tok penghulu. Sampai dirumah tok penghulu lan terus memberikan surat kepada tok penghulu dan bertanya " Apa perlu saya buat tok penghulu ? " ... Tok penghulu menjawab, " Kejap aku baca surat Pak Bulat jap "

Setelah membaca surat , tok penghulu mengarahkan Lan untuk balik ke rumah dan menunggu sehingga subuh. Selepas subuh tak ada apa-apa pun terjadi sehingga hari ini ....
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 8/10/2009, 1:24 am

hafiz554 wrote:Mr. Deengalimeng, bila watak akan dipatenkan sbb gambo watak dah upload, some of sinopsis pun dah letak dlm forum ni. Takut kene ciplak jer.

Ada sebuah kisah ....
Di ujung kampung , tinggal seorang pemuda
bernama lan. Semalam lan bermimpi berjumpa bidadari yang memberikannya
cara untuk kaya. ada 3 langkah yang lan mesti ikuti untuk jadi kaya.
lan tak ceritakan pada sesiapa kerana takut ada orang akan jadi kaya
juga bila dapat tau cerita ni.

So lan pun menjalankan tugas
pertama seperti yang diarahkan bidadari tu, iaitu berjumpa Pak Abu dan
bertanyakan apa yang patut dilakukannya. Sampai kat rumah Pak Abu. Pak
abu menjawab ... Ko bawak tukul ni dan pegi jumpa Pak Bulat di kampung
Seberang dan tanyakan dia apa patut di buat lagi lepas tu

...
pastu Lan pun pegi le ke Kampung seberang dan berjumpa dengan Pak
Bulat. Pak Bulat ni lumpuh dan berpenyakit. pak Bulat terus memberitahu
lan untuk pergi mengambil peti yang tertanam dibelakang rumah dia dan
mengarahkan nya untuk guna tukul untuk memecahkan peti serta menghantar
surat dalam peti tu kepada tok penghulu kampung bongek!.

sampai
di kampung bongek , lan terpakasa bertanya mana satu rumah tok
penghulu. maka lan pun bertanya lah pada satu awek yang menjual nasi
lemak di kampung tu. Awek tu pun menunjukkan arah rumah tok penghulu.
Sampai dirumah tok penghulu lan terus memberikan surat kepada tok
penghulu dan bertanya " Apa perlu saya buat tok penghulu ? " ... Tok
penghulu menjawab, " Kejap aku baca surat Pak Bulat jap "

Setelah
membaca surat , tok penghulu mengarahkan Lan untuk balik ke rumah dan
menunggu sehingga subuh. Selepas subuh tak ada apa-apa pun terjadi
sehingga hari ini ....

++ Soalan : kenapa Lan tak jadi Kaya ?
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by hafiz554 on 8/10/2009, 9:51 am

Deengalimeng wrote:Ada sebuah kisah ....

something missing so nothing can be happen...... scratch
avatar
hafiz554

Posts : 11
Join date : 2009-09-10
Age : 34
Location : Tapah

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by mustahil on 9/10/2009, 11:26 am

Deengalimeng wrote:
hafiz554 wrote:Mr. Deengalimeng, bila watak akan dipatenkan sbb gambo watak dah upload, some of sinopsis pun dah letak dlm forum ni. Takut kene ciplak jer.

Ada sebuah kisah ....
Di ujung kampung , tinggal seorang pemuda
bernama lan. Semalam lan bermimpi berjumpa bidadari yang memberikannya
cara untuk kaya. ada 3 langkah yang lan mesti ikuti untuk jadi kaya.
lan tak ceritakan pada sesiapa kerana takut ada orang akan jadi kaya
juga bila dapat tau cerita ni.

So lan pun menjalankan tugas
pertama seperti yang diarahkan bidadari tu, iaitu berjumpa Pak Abu dan
bertanyakan apa yang patut dilakukannya. Sampai kat rumah Pak Abu. Pak
abu menjawab ... Ko bawak tukul ni dan pegi jumpa Pak Bulat di kampung
Seberang dan tanyakan dia apa patut di buat lagi lepas tu

...
pastu Lan pun pegi le ke Kampung seberang dan berjumpa dengan Pak
Bulat. Pak Bulat ni lumpuh dan berpenyakit. pak Bulat terus memberitahu
lan untuk pergi mengambil peti yang tertanam dibelakang rumah dia dan
mengarahkan nya untuk guna tukul untuk memecahkan peti serta menghantar
surat dalam peti tu kepada tok penghulu kampung bongek!.

sampai
di kampung bongek , lan terpakasa bertanya mana satu rumah tok
penghulu. maka lan pun bertanya lah pada satu awek yang menjual nasi
lemak di kampung tu. Awek tu pun menunjukkan arah rumah tok penghulu.
Sampai dirumah tok penghulu lan terus memberikan surat kepada tok
penghulu dan bertanya " Apa perlu saya buat tok penghulu ? " ... Tok
penghulu menjawab, " Kejap aku baca surat Pak Bulat jap "

Setelah
membaca surat , tok penghulu mengarahkan Lan untuk balik ke rumah dan
menunggu sehingga subuh. Selepas subuh tak ada apa-apa pun terjadi
sehingga hari ini ....

++ Soalan : kenapa Lan tak jadi Kaya ?

Lan x jadi kaya sbb bidadari tu tipu dia je..tapi ape yg related dgn komen hafiz554 tu??hahahhaha...kasi wa pening btol la cter nih!
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by hafiz554 on 9/10/2009, 11:41 am

maksudnya lo kene ciplak pun tapi x tau semuanya x guna gak la die ciplak.
avatar
hafiz554

Posts : 11
Join date : 2009-09-10
Age : 34
Location : Tapah

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 10/10/2009, 1:11 am

Hehehe ....
Cerita Sebenarnya:

1) Lan sebenarnya merahsiakan bagaimana cara untuk menjadi kaya tu dari Pak Abu sebab takut pak abu juga menjadi kaya dan mengambil separuh dari hartanya.

2) Sepatutnya kalau dia ceritakan kisah sebenar mengenai harta tu pada Pak Abu ... pak Abu akan menyuruhnya terus berjumpa Pak Atan di Kampung Banjar dan memberinya kunci bukan tukul.

3) Pak atan akan menyuruh ke lan kekedainasi lemak dan bertanyakan awek mana peti berkunci.

3) Peti Berkunci tu sebenarnya tertanam di belakang kedai nasi lemak awek tadi. Dalam tu banyak harta karun!

Soalan : Apa kaitan cerita yg diberi sebelumnya dengan cerita sebenar ?
Moral of the story ?
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by mustahil on 14/10/2009, 4:53 pm

sekali lalu tanpa berfikir pjg..

cerita yg diberi sebelumnya panjang, cter sebenar pendek je.

moralnye, kalo ikut jalan yg panjang, kalo ko dapat bende tu bagus la..n kalo x dpt ape2 mcm Lan tu, x ke hampeh!

kalo ikut jalan pendek, dan ko dapat bende ko nak tu...syukur 21 beb!kalo x dpt, x de la hampeh sgt..mngkin x de luck n mngkin usaha ko x 100%.

jadi, jangan takut mencuba jalan mane2 pun. asalkan dah minimakan risiko gagal, minimakan masa, minimakan wang, maksimakan usaha..
...cakap senang!!!huahauhauhaua...ok x mr. deengalimeng?
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Asylum on 14/10/2009, 7:01 pm

kurang kan kontrovesi........TINGKATKAN PRESTASI!
avatar
Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 15/10/2009, 12:16 pm

mustahil wrote:sekali lalu tanpa berfikir pjg..

cerita yg diberi sebelumnya panjang, cter sebenar pendek je.

moralnye, kalo ikut jalan yg panjang, kalo ko dapat bende tu bagus la..n kalo x dpt ape2 mcm Lan tu, x ke hampeh!

kalo ikut jalan pendek, dan ko dapat bende ko nak tu...syukur 21 beb!kalo x dpt, x de la hampeh sgt..mngkin x de luck n mngkin usaha ko x 100%.

jadi, jangan takut mencuba jalan mane2 pun. asalkan dah minimakan risiko gagal, minimakan masa, minimakan wang, maksimakan usaha..
...cakap senang!!!huahauhauhaua...ok x mr. deengalimeng?

9/10 dari rezeki tu dari perniagaan.
Tapi hanya kurang dari 1/10 yang memilih keusahawanan.
Kenapa ya kita berebut2 rezeki yang 1/10 tu .... kesian kesian
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by mustahil on 15/10/2009, 3:32 pm

mungkin ada peranan kita masing2 dlm 1/10 tu utk agama, bangsa dan negara..only Allah knows why..~keep it up guys!
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Deengalimeng on 4/11/2009, 3:01 pm

Cuba kita hayati maksud ayat seribu dinar ....
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 5 pelajar yang involve animasi sila berkumpul di sini

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum