Aspati Training Official Forum
Sesiapa yang belum Daftar moh le mendaftar.
Yang dah tu Alhamdulillah!!!
March 2017
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Calendar Calendar

Shoutmix

Latest topics
» Animasi & Filem : Format Skrip
2/8/2011, 12:35 pm by mohamad norashraf

» Forum Aspati Training di Aktifkan!
9/1/2011, 9:46 pm by hafiz554

» Status semasa
3/11/2010, 3:13 pm by Azzan

» Selamat Datang ke Forum JobCamp
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» GIGA-BOTTTTTTTTTT
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» Topik Baru
23/9/2010, 5:31 pm by mustahil

» Kepada yang baru register-Let's Break The Ice!!!-
23/9/2010, 5:29 pm by mustahil

» Arif - Animasi Pantas.
13/5/2010, 5:06 pm by mustahil

» Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG
9/2/2010, 5:23 pm by mustahil


50 AMALAN TERBAIK YANG DITUNTUT OLEH ALLAH

View previous topic View next topic Go down

50 AMALAN TERBAIK YANG DITUNTUT OLEH ALLAH

Post by zackier on 12/9/2009, 9:10 pm



50 AMALAN TERBAIK YANG DITUNTUT OLEH ALLAH


Assalamualaikum Sume Sahabat Penaku!!!. Dibawah ini adalah satu fakta yang sohih dan boleh diamal dan dipraktikkan dan dituntut oleh ALLAH SWT dr UmatNYA. Marilah sama sama kita perhalusi dan fahami agar ia menjadi panduan hidup untuk kita menjadi UmatNYA yang terbaik.

ANTARA 50 AMALAN
TERBAIK DALAM HIDUP ADALAH :-








1. Sesiapa yang
berwudhuk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan
akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwudhuk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari
akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan
daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami akan
sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi Muhamad S.A.W. membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya
sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di
kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai
pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian
terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat
berikutnya - Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH
dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhamad SAW apabila berwudhuk,
beliau membasahi janggutnya - Tirmizi.

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan
sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian
orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan : Aku lihat Nabi Muhamad SAW makan dengan 3 jari (ibu
jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5
jari kecuali ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam
jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh
para nabi.

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan
minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

15. Perbaharui wudhuk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak
fadhilat. Hadis : Sesiapa yang berwudhuk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10
kebaikan baginya - Abu Daud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat
lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

17. Nabi Muhamad S.A.W seri ng menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa
seketika bersama makmum.

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

19. Nabi tidak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan
duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang &
mudahkan penghadaman.

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat
subuh, Maghrib dan isya ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

21. Nabi Muhamad S.A.W. seri ng beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit
yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. memohon ampun (astagfirullahalaziim)
tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali
sehari.

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan
memeliharanya daripada sebarang ancaman mus uh serta bahaya fitnah..

24. Apabila Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan -
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di
kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan
jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.

26. Ketika Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan
An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh) mohon
perlindunganNYA) - Bukhari.

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.

28. Wudhuk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwudhuk tanpa perlu mandi
wajib jika ingin tidur.

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya Syaitan yang melalaikan.

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis : Sahabat melihatNabi berbaring
di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah
aurat) - Bukhari.

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat
berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

32. Adakalanya Nabi Muhamad S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) -
Abu Daud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi
maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati , sesiapa yang berhajat menemui Nabi Muhamad S.A.W
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

34. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. mohon ampun (astagfirullahalaziim)
tiga kali ? - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari.

35. Nabi Muhamad S.A.W. seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi
memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan
(atau tersinggung) - Bukhari.

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas
solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil
seseorang .

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadis : Apabila Nabi bersin,
beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) -
Abu Daud.

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat
sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.

39. Sabda Nabi Muhamad S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100
kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan
bercahaya - Abu Naim.

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadis : nabi selalu terima hadiah &
amat menghargainya - Bukhari.

41. Sesiapa yang seri ng mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan
bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadis : Mudahkan sesuatu & jangan kamu
sukarkannya - Muttafaq Alaih.

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadis : Apabila kamu sekalian
melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) -
Muttafaq Alaih.

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tidak kira
berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit
berbahaya yang lain.

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi seri ng melakukannya ketika
beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH -
Abu daud.

46. Membaca selawat 1,000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi
rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tidak
berjawab, beliau beredar.

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan
yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis : Bantuan terhadap isterimu itu adalah
sedekah - Ad-Dailami.

50. Para ulama berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa
berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


sEKIAN & wASSALAM.
avatar
zackier

Posts : 25
Join date : 2009-08-27
Age : 55
Location : Ipoh

http://www.tekmagit.com

Back to top Go down

Re: 50 AMALAN TERBAIK YANG DITUNTUT OLEH ALLAH

Post by Asylum on 13/9/2009, 1:17 am

sunguh bagus sekali abg azhari.... mantap!.....amat bagus di buat pedoman hidup...
avatar
Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: 50 AMALAN TERBAIK YANG DITUNTUT OLEH ALLAH

Post by Deengalimeng on 13/9/2009, 11:10 am

Alhamdulillah ... bertambah lagi ilmu kita
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 50 AMALAN TERBAIK YANG DITUNTUT OLEH ALLAH

Post by pejoi on 15/9/2009, 2:00 pm

Alhamdulillah...ALLAHUAKBAR
avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

Re: 50 AMALAN TERBAIK YANG DITUNTUT OLEH ALLAH

Post by Deengalimeng on 19/9/2009, 2:30 pm

Syukran ...
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: 50 AMALAN TERBAIK YANG DITUNTUT OLEH ALLAH

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum