Aspati Training Official Forum
Sesiapa yang belum Daftar moh le mendaftar.
Yang dah tu Alhamdulillah!!!
May 2017
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Calendar Calendar

Shoutmix

Latest topics
» Animasi & Filem : Format Skrip
2/8/2011, 12:35 pm by mohamad norashraf

» Forum Aspati Training di Aktifkan!
9/1/2011, 9:46 pm by hafiz554

» Status semasa
3/11/2010, 3:13 pm by Azzan

» Selamat Datang ke Forum JobCamp
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» GIGA-BOTTTTTTTTTT
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» Topik Baru
23/9/2010, 5:31 pm by mustahil

» Kepada yang baru register-Let's Break The Ice!!!-
23/9/2010, 5:29 pm by mustahil

» Arif - Animasi Pantas.
13/5/2010, 5:06 pm by mustahil

» Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG
9/2/2010, 5:23 pm by mustahil


Animatio:DARKNESS by pejoi

View previous topic View next topic Go down

Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by pejoi on 11/9/2009, 10:43 am

D A R K N E S S

SINOPSIS

Kisah seorang lelaki [Danish] yang mempunyai watak superhero yang lahir daripada sejarah hitamnya ketika beliau membesar. Ketika persekolahanya, belajar di Maktab Tentera dan telah didedahkan dengan pendidikan formal dan disiplin yang sungguh tinggi.
Suatu peristiwa berlaku, kawan baiknya [Amyr] dibunuh dan beliau dituduh menyebabkan kematian oleh Qairone [seterunya], Danish telah melarikan diri dan bertemu Pak Uyon di sebuah kampong dan mempelajari limu persilatan. Danish pulang setelah dijemput keluarganya dan belajar di sebuah kolej di Cybercity.
Peristiwa hitam terus menyelubungi diri Danish, apabila ibubapanya telah meninggal dunia dalam satu rompakan bersenjata. Danish mula menyimpan dendam terhadap PENJENAYAH... Beliau mencipta satu identiti superhero, yang digelar DARKNESS.
Danish juga mempunyai naluri terhadap wanita, penyampai radio yang bernama LYANA. Danish akan menelefon penyampai radio tersebut setiap kali beliau berjaya menangkap penjenayah...

WATAK

1.DANISH - Watak Utama didalam cerita ini. Juga sebagai superhero yang digelar DARKNESS.

2.LYANA - Watak seorang wanita yang cantik bersuara lunak dan manja yang bekerja sebagai penyampai radio disebuah stesen radio popular di Cybercity.

3.PAK UYON - Seorang tua yang mempunyai ilmu persilatan yang tinggi dan menjadi mentor kepada Danish. Juga pernah bekerja die stet milik datuknya.

4.VIPER – seorang jurutera dan juga rakan DARKNESS yang membina gajet serta kenderaannya.

5.INSPEKTOR ISAAC - Seorang pegawai penguatkuasa (polis) yang sering cuba mendapat perhatian dan berbaik dengan DARKNESS tetapi tidak berjaya untuk rapat dengan DARKNESS.

6.QAIRONE - Seorang Ketua penjenayah yang mempunyai perniagaan haram yang besar dan bermaharajalela di Cybercity.

7.LORD SIMONE - Seorang Magistret yang sering mengadili perbicaraan yang dilihat berat sebelah serta meragukan. Danish mensyaki bahawa beliau bersekongkol dengan penjenayah atau menerima rasuah daripada mereka.



Watak Sampingan

1. LOGAN – Kawan baik LYANA dan juga rakan kolej Danish.
2. MR MANO – Pemamdu teksi yang banyak membantu DARKNESS.
3. THE ICE – Pengedar dadah dan juga seorang yang sangat perkasa.
4. PREDATOR – seorang perompak yang sangat kejam.
5. REMPIT – seorang peragut dan melumba jalanan.


EPISODE 1-Tragedi di Maktab

Danish di alam persekolahan di Maktab Tentera. Sebuah kehidupan biasa sekumpulan pelajar yang berada didalam suasana di Maktab Tentera dan tinggal di doom hostel. Danish sering dibuli oleh Qairone dan rakan. Watak Amyr lebih menyerlah dan Qairone menganggap Amyr adalah pesaingnya lalu membunuh Amyr dengan memerangkap Danish.


EPISODE 2-Bertemu Pak Uyon

Danish lari daripada Maktab dan berjumpa dengan keluarga Pak Uyon. Beliau menjaga Danish dan akhirnya menyerahkan Danish kepada keluarganya semula. Danish kini belajar di kolej dan mula mempelajari ilmu persilatan melayu dan nusantara dengan Pak Uyon.


EPISODE 3-Tragedi kematian ibu dan ayah

Ayah dan Ibu Danish meninggal dunia dalam suatu rompakan [oleh PREDATOR] dan Danish mewarisi harta kekayaan peninggalan datuknya dan kini beliau belajar di university dan berkawan dengan VIPER. Danish mula mencipta watak DARKNESS serta gajet bersama Viper. Percubaan pertama menangkap penjenayah berjaya. Mula mengenal suara LYANA melalui radio ketika DARKNESS pulang ke rumah.


EPISODE 4-Rempit dan geng

REMPIT mula dibanteras tetapi telah dibebaskan oleh LORD SIMONE dan Danish telah terhidu sesuatu. INSPEKTOR ISAAC juga meragui Lord Simone tetapi gagal untuk mendapat maklumat daripada DARKNESS kerana DARKNESS tidak mahu orang rapat dan mengenali identiti sebenarnya.


EPISODE 5-Sign Misteri

DARKNESS menjejaki Rempit tetapi gagal apabila beliau ditimpa kemalangan yang dilakukan oleh kumpulan Rempit. Beliau diselamatkan oleh Mr MANO. Beliau cuba untuk menentang kumpulan REMPIT tetapi mereka terus meninggalkan DARKNESS dengan satu “sign” dan “sign” tersebut menjadi tandatanya DARKNESS kerana beliau pernah melihat tanda seumpamanya...tetapi dimana ya...


EPISODE 6-Rompakan Predator

PREDATOR mengamuk dan merompak bank yang ketika itu ramai orang mengeluarkan wang untuk menyambut hari Bandaraya Cybercity. INS ISAAC gagal menangkap mereka, kebetulan Danish berada di kawasan rompakan. Danish meninggalkan alat pengesan kepada kenderaan kumpulan PREDATOR dan pada malam itu beliau berjaya menangkapnya. Seperti biasa setelah misi selesai, DARKNESS akan menelefon LYANA untuk mengemberitahu dimana kawasan penjenayah yang ditangkap. LYANA terus menghubungi INS Isaac dan polis berjaya menangkap PREDATOR bersama-sama hasil rompakan.


EPISODE 7-Hari Bandaraya Cybercity

Sempena hari Cybercity, Danish mengambil bahagian didalam acara pameran, berkenaan kejayaan syarikat datuknya SILVER ESTATE INC. dan menjemput kumpulan penyampai radio tempat LYANA bekerja. Danish mula bertemu Lyana dan jatuh cinta tetapi beliau menyembunyikan impian tersebut.

Majlis perarakan dicemari dengan insiden mat-mat gian mengganggu acara tersebut dan muncullah satu masej dan sampul yang mengandungi dadah..sesiapa yang membuka sampul tersebut mula berubah perwatakan menjadi khayal. THE ICE mula menyerang Cybercity dan menyebarkan maklumat tersebut melalui media massa. VIPER mula mengesan tetapi Danish tiada ketika itu...


EPISODE 8 -Pertarungan DARKNESS vs THE ICE

VIPER dapat menghubungi Danish dan pada malam itu DARKNESS mula menyerang THE ICE seorang yang sangat perkasa dan bijak..DARKNESS berlawan dengan menggunakan tenaga serta persilatan yang dipelajarinya dan akhirnya the ICE mati terjatuh daripada bangunan. Ketika itu DARKNESS mendapati kumpulan mereka adalah dari kumpulan yang sama dengan Rempit melalui “sign” yang dijumpai.


EPISODE 9-Misteri DARKNESS diketahui

Danish mula menyelidiki latarbelakang kumpulan penjenayah ini dan mencari apakah kaitan dengan LORD SIMONE.. Ketika itu Lyana dan Logan ditangkap oleh kumpulan REMPIT. DARKNESS begitu berang dan bergegas ditempat kejadian. Mr Mano cuba membantu tetapi akhirnya beliau terkorban..DARKNESS bertambah berang dan berlawan dengan kumpulan REMPIT dan akhirnya INS ISAAC tiba dan keadaan DARKNESS agak parah, topeng mukanya pecah..Lyana dan Logan membantu DARKNESS dan telah mengetahui bahawa “sign” yang selama ini menjadi misteri adalah “sign” yang dicipta oleh Qairone ketika mereka belajar di Maktab Tentera dahulu.


EPISODE 10-The sign ....

Danish semakin pulih dan dia telah dirawat oleh Pak Uyon. Lyana mula jatuh cinta dengan Danish dan telah mengetahui segala rahsianya. Setelah pulih Danish mengesan dimanakan tempat persembunyian QAIRONE...beliau mula mendapat petunjuk melalui ahli the ICE yang telah masuk ke pusat pemulihan dadah. INS ISAAC cuba untuk bekerjasama dengan DARKNESS sekali lagi tetapi DARKNESS meminta Ins Isaac supaya tunggu setelah beliau memberi insyarat.


EPISODE 11-Qairone mula dikesan/Lord Simone mati ditembak

Danish mengajak rakan dari kumpulan oldboys Maktab untuk berjumpa melalui reunion dan penyebaran maklumat dilakukan melalui facebook. Rancangan tersebut hampir berjaya tetapi digodam oleh Qairone...VIPER mengunakan kepakaranya mengesan QAIRONE dan akhirnya mereka membuat satu pertemuan dan ....berlawan tetapi Qairone berjaya meloloskan diri..Lord Simone begitu bimbang sekiranya Qairone tertangkap maka beliau tentu akan dihukum kerana penglibatan jenayah dan pecah amanah. Lord Simone telah membunuh diri.


EPISODE 12-Qairone membalas dendam

Qairone sekali lagi cuba mengulangi tragedi kepada Danish dengan cuba membunuh Pak Uyon dan menyebabkan Pak Uyon cedera parah. Logan juga parah ketika kumpulan QAIRONE cuba untuk mencederakan Lyana. Misi terakhir DARKNESS untuk membalas dendam dan pasti Qairone akan diberkas atau dibunuh...DARKENSS telah bertekat.



EPISODE 13-Misi Membalas dendam I

Qairone dapat dikesan, Darkness cuba bersemuka dengan Qairone dan rancangan tersebut diketahui oleh Lyana. Lyana telah memberitahu Inspektor Isaac, lalu pasukan keselamatan telah pergi ketempat kejadian. Ketika mereka sedang bertarung, tiba-tiba sepasukan polis telah datang menyerbu Qairone dan Darkness, dan didalam kekecohan tersebut, Qairone berjaya melarikan diri.




EPISODE 14-Akhirnya Qairone ditewaskan

DARKNESS telah bersemuka dengan QAIRONE dan menampakkan watak Danish..Qairone memperkecilkan Danish dan “psycho” Danish dengan kejadian kematian Amyr kira-kira 15 tahun yang lalu. Danish menjadi lemah dan Qairone telah menentangnya dan Danish hampir tewas. Pertarungan yang sengit itu berakhir dengan Qairone ditewaskan dan di ditangkap oleh Ins Isaac dan dipenjarakan.........................................................Danish kini masih mempunyai Lyana..,Pak Uyon..dan ..Viper...


Dan.....Qairone masih hidup [dipenjara] dan mempunyai pelapis di dalam kumpulannya itu...

T A M A T...............................................................
avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by Asylum on 12/9/2009, 12:33 am

perghh....memang DARKNESSSS.... ...mantap2!
avatar
Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by Azzan on 12/9/2009, 1:01 am

saya nak royalti utk nama logan
terima kasih...

okey, ni kritikan member2 yer, jgn ambik ati,
okey, bila baca2 kan... terlalu BATMAN
batman kaya, darkness pun kaya
batman ngan darkness dua2 kematian mak bapa
batman = dark night, mcm lebey kurg jer ngan darkness
avatar
Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by Deengalimeng on 12/9/2009, 9:56 am

To Pejoi :
Cerita menarik dan adventures.
Pejoi dah boleh imagine character, minta tolong pada yg pandai sketch
Try visualize. Jgn terikut ikut dengan character & Jalan cerita di pasaran.
So FAR so GOOD! Good Luck
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by pejoi on 12/9/2009, 2:04 pm

Salam sume,
for en hisham-tq for the comment dan peransang...akan saya laksanakan task-task yang lain, cuma minggu ni agak sibuk menyahut cabaran en faharul utk setllekan prjojek iklan meja.

for azzan- saya terima kritikan tu..memang agak same dgn batman, cuma saya relatekan logiknya dr segi financial dan sedikit faktor dendam spy menguatkan watak superhero-bgmana beliau bencikan penjenayah...anyway tq for give a comment!!!!!
avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by zackier on 12/9/2009, 5:03 pm

Buat sahabat baikku, sungguh hebat, tak sangka hang pun otai jugak dalam cerita kartun & macam budak-budak. Anyway, keep it up. Kalau xde producer yang nak buat nanti kita cerita kat kedai wanggey! Cari idea mcm mane nak pulun cerita ni. By Bro!
avatar
zackier

Posts : 25
Join date : 2009-08-27
Age : 55
Location : Ipoh

http://www.tekmagit.com

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by Deengalimeng on 13/9/2009, 10:16 am

Untuk pejol, dah boleh start juga imagine untuk PROP ( Background ) dan scene.

Tips :
Kadang kadang selalu tengok DVD yg ada kesamaan genre. pastu lihat 1 persatu filem tu ... Try study bahagian backdrop untuk setiap scene. Animasi dengan filem lebih kurang sama , bezanya animasi backdrop kena develope, filem kena shoot.

Kalau semua dah complete STEP 5 .... Saya nak proceed dengan STEP6 ( Maybe lepas Raya ) kita tengokla progress semua rakan-rakan kita.
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by pejoi on 15/9/2009, 2:01 pm

Ya Terima kasih En Hisham...sekali lagi akan saya usahakan.
avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by Deengalimeng on 19/9/2009, 2:34 pm

Kalau boleh semua perserta bidang animasi try cari DVD yang genre ada kesamaan. kalau boleh minima 5 DVD. Lepas Raya kita discuss detail tentang penceritaan dan preparation selanjutnya .... Saya akan tunjukan sample sebenar yg kita kena sediakan.

" Be prepared to be ... ANIMATED ! ..." hehehe he
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

VIPER

Post by pejoi on 28/9/2009, 12:11 pm

avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

DARKNESS

Post by pejoi on 28/9/2009, 12:12 pm

avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

LYANA

Post by pejoi on 28/9/2009, 12:15 pm

avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by Deengalimeng on 3/10/2009, 8:30 am

Tahniah Pejol, keep on furnishing setiap character kita dengan profil dan illustration yg baik.
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by pejoi on 5/10/2009, 9:52 am

Salam En Hisham..
Saya tak puas hati dengan character tu...sebab lukisan tu cam tak best je, saya nak cuba lagi untuk buat charecter yang nampak "kartun" lagi....
avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by Deengalimeng on 6/10/2009, 5:09 pm

Hmmm ,.... stroke tak memainkan peranan sangat. Tapi boleh di perbetulkan dari masa kesemasa ... Saya rasa dah okey dulu. Yang penting dah complete kan character tu dulu dengan storytelling nya.
Anyway ... dah okey tu pada saya ...
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by pejoi on 9/10/2009, 10:35 am

INSYAALLAH AKAN SAYA SEGERAKAN...SARI DUA NI AGAK SIBUK SKIT...
avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by Deengalimeng on 10/10/2009, 12:47 am

Takpa ... Buat masa mood betul betul datang, Baru hasil kerja kita lebih kreatif. Kalau perlukan percutian ... cuti dulu sampai mood dah come back ...
avatar
Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by pejoi on 5/11/2009, 1:54 am

Sedikit preview screenplay episode 1

DARKNESS

Episode 1

FADE IN.

1. EXT :MAKTAB TENTERA KOMENWELL DI BANDAR MELAYU RAYA - PAGI

Suasana pagi yang cerah dan nyaman.Kelihatan daun-daun kering beterbangan di tiup angin. Di tepi padang sebelah jalan utama, sekumpulan kadet sedang berkawat dengan penuh semangat. Bunyi derap kasut boot dan suara senada kumpulan kadet itu telah memecah kesunyian pagi.

Kelihatan juga beberapa buah kenderaan berpusu-pusu untuk ke tempat kerja.

CUT TO:

2. INT: DOOM : PANGLIMA ANAK LANGKAU KE KELAS 5A1 – PAGI ITU

Kelihatan beberapa remaja berunifom kadet tentera bergegas untuk ke kelas masing-masing

KADET DANISH

Bro, assignment yang Majer Aris suruh kita buat tu, ko dah siapkan ke?

KADET AMYR

Mana ada, akupun tak siapkan lagi. Kita kena ke library la untuk dapatkan kajian berkenaan Salahuddin A-Ayubi tu, kan jumaat lepas library tutup.

KADET DANISH

Ha a la, ye tak ye, waktu rehat nanti kita pergi sama-sama, k..

CUT TO:

3. INT: KELAS 5A1 – PAGI


Suasana di Kelas 5A1, beberapa kadet telah berada di tempat masing-masing. Tiba-tiba Kadet Qairone menegur Kadet Danish..


KADET QAIRONE

Woi Danish, lu bikin ape tu..tu tong sampah tu, pegi la buang cepat, malas la lu nie...cam awek gua je...

KADET FARUK

Entah malaslah mamat nie...aku rasa awek lu pun tak malas cam dia nie...

[ Kedengaran beberapa kadet-kadet lain mentertawakan Kadet Danish ].

Danish mengambil tong sampah dan terus beredar untuk membuang sampah tersebut..

CUT TO:

4. INT: PENGAJAR PUAN SHARINA MASUK KE KELAS – PAGI ITU

Puan Sharina masuk dan member satu sesuatu..

PUAN SHARINA

Salam Sejahtera semua kadet, Pagi tadi saya ke pejabat Kolonel Zaidi, di telah memberitahu keputusan Pertandingan Rekacipta Peringkat Kebangsaan yang berlansung di Cybercity tempoh hari...Pemenang tempat Pertama keseluruhan adalah Kadet Amyr dengan rekaan GPS Detectornya...Tahniah Amyr, ciptaan kamu telah mengharumkan Maktab kita...

KADET AMYR

Wow, betul ke Puan Sharina...

KADET DANISH

Tahniah Amyr,Hebatlah kau,.. Puan, macammana dengan Saya..

PUAN SYARINA

Awak GAGAL mendapat sebarang ranking, tapi ciptaan Qairone mendapat tempat ke 17..Maaf Danish. Usaha lagi ye..

Danish kelihatan sunggul dan melihat Amyr yang ceria itu. Beliau nampak begitu kecewa.

Qairone memandang Amyr dan Danish. Qairone tahu Danish marah dan kecewa, tetapi Qairone sendiri pun cemburu dengan kejayaan Amyr.

Mereka meneruskan kelas seperti biasa.


CUT TO:

5. EXT: SUASANA PETANG DI MAKTAB TENTERA KOMENWELL – PAGI ITU

Suasana kelas-kelas pengajian kadet, di padang ragbi..kadet-kadet sedang bermain ragbi, di taman lanskap..kelihatan pekebun sedang menyiram bunga...

CUT TO:

6. EXT : SUASANA PETANG DI MAKTAB TENTERA KOMENWELL – PAGI ITU

Di sudut Doom , Kadet-kadet sedang mencuci senjata api.
Di gym, beberapa kadet sedang berlatih mengangkat besi
Di sudut bilik latihan seni pertahanan diri, kadet-kadet sedang berlatih tae kwan do..

CUT TO:

7. INT: DOOM PANGLIMA KANANG ANAK LANGKAU - PETANG

Qairone dan beberapa rakan kadet sedang lepak dan bersembang..

KADET QAIRONE

Wa tak puas hati la dengan Amyr tu, dah lah dia menang pertandingan tu, aku ni setakat nombor 17 aje..tak patut betul..asyik dia je memang, nie yang buat aku naik darah ni...

KADET FARUK

Qairone, aku ingat kite kena ajar mamat nie, dia ingat dia bagus sangat kut, Pertandingan Pidato dia sapu, Tae Kwan Do, dia juga, dah tu, Pertandingan Rekacipta ni pun di sapu. Qairone, ko ingat tak, idea tu pun Mejar ambil dari aku dan bagi kat dia, Kolonel pulak asyik puji dia sahaja! Best Student la, Wakil Maktab la..Kalau aku..aku pukul je mamat ni...

KADET QAIRONE

Aku ingat, malam ni masa kelas komputer, kita ajar dia, ko Faruk, tarik perhatian Amyr, katakan Sarjan Azan nak jumpa di bilik gym, pas tu bawa di ke belakang gym tepi gaung tu..kita pukul dia kemudian campak dia kat parit...Ha,..amacam ok tak rancangan aku...

Semua rakan Qairone mengangguk tanda setuju.

KADET FARUK

Wow, cam best je...aku setuju. Tapi aku ada rancangan yang lebih baik daripada itu..

KADET QAIRONE

Ape dia..

Tanya Qairone dengan penuh minat sambil melihat wajah Faruk yang ala-ala dirasuk syaitan itu...

CUT TO:

8. INT: KELAS KOMPUTER DI MAKMAL KOMPUTER - MALAM

Kadet 5A1 sedang sibuk menyiapkan kerja di hadapan desktop komputer masing-masing. Mereka kelihatan begitu tekun membuat kerja kecuali Kadet Dang yang nampak seperti asyik melihat Amyr yang duduk di sudut sebelah kanan, paling hadapan. Qairone dan beberapa rakannya tidak kelihatan kerana sedang menunggu di belakang gym seperti yang dirancang.

Tidak seperti biasa, kali nin Kadet Danish yang duduk agak jauh dari Kadet Amyr, masih merajuk kerana Kadet Danish tidak memenangi sebarang tempat dalam Pertandingan Rekacipta itu...

KADET AMYR

Ko nak kemana tu Danish, marilah duduk sini...

KADET DANISH

Aku nak ke tandas jap ...

Kadet Danish bangun dan terus keluar

KADET AMYR

Jab, ko pergilah dahulu, nanti aku datang...

Danish keluar ke tandas. Selepas tubuh Danish sudah tidak kelihatan lagi, Kadet Faruk bangun dan terus ke meja Amyr..


KADET FARUK

Myr, tadi masa aku datang ke makmal ni, aku terserempak dengan Sarjan Azan la. Dia minta kau ke Gym sekarang, aku lupa pulak nak bagitau kau..

KADET AMYR

Ia ke, baiklah, aku pergi sekarang...

Kadet Amyr terus ke gym untuk bertemu dengan Sarjan Azan seperti yang didakwa oleh Kadet Faruk.

CUT TO:

9. EXT: DI TEPI GYM – MALAM ITU

Kadet Amyr berjalan pantas ke gym, kelihatan dibelakangnya bayang-bayang Kadet Faruk mengekori Amyr. Tiba di tepi tangga blok, Kadet Amyr di tarik ke belakang dan terus di pukul bertubi-tubi. Seramai empat orang memukul Kadet Amyr, tetapi Kadet Amyr tidak dapat melihat wajah-wajah mereka kerana keadaan malam yang sangat gelap.

Qairone dengan rasa penuh dendamnya, memukul Amyr dengan penuh tenaga, tetapi...

KADET FARUK

Nanti dulu...ko ambil benet Danish nie, aku ambil untuk perangkap dia!

Terpahat wajah Qairone gembira, wajahnya itu seperti di rasuk syaitan. Dengan tanpa berlengah Qairone terus mengambil benet itu dan membenam ke perut Amyr. Selepas di belasah teruk, Kadet Amyr di campak ke belakang gaung dan tubuhnya terhempas di tepi tembok dan masuk ke dalam parit.Kepalanya pecah dan parah...

KADET QAIRONE

Hah..padan muka dia, biar di mampus di situ..


Mereka beredar dari tempat kejadian.

CUT TO:

10. DI TEPI PADANG RAGBI – MALAM ITU

Kadet Danish seakan merajuk dan pergi ke padang untuk menenangkan fikirannya. Dia melihat bintang dilangit dan membayangkan wajah ibu serta ayahnya..

KADET DANISH

[ Bisikan Hatinya]..hai bintang, aku rindukan ayah dan ibuku..mereke tentu gembira jika aku menang dalam pertandingan tu.Apa nak buat dah bukan rezekiku..Apelah aku ni, itupun nak jelous dengan Amyr, Entah..diakan sahabat baik aku.hai..dah pukul 11.45 ni, aku kena pulang ke doom..aku nak minta maaf kat Amyr.

Kadet Danish terus beredar dan pulang ke doom Panglima Kanang Anak Langkau

CUT TO:

11. INT: DOOM PANGLIMA KANANG ANAK LANGKAU – MALAM ITU

Kadet Danish melihat sekeliling, Amyr tiada dikatilnya. Ramai rakan-rakannya sudah masuk tidur. Hatinya risau dan gelisah..

KADET DANISH

[ Bisikan Hatinya]..Mana Amyr, tak boleh jadi ni, dia mesti cari aku!

CUT TO:
12. EXT: SEKITAR BLOK DI MAKTAB TENTERA KOMENWELL - MALAM

KADET DANISH

Mana perginya Amyr nie, Tak pernah pulak dia hilang camni, kot dia cari aku di tandas tadi..tapi takde pulak dia kat situ..

Kadet Danish berjalan merayau hingga tiba dikawasan Blok Gym, dia terdengar suara..

KADET AMYR

Aa...Aaa....

KADET DANISH

[ Bisikan Hati ] Ada suara...cam suara Amyr je..

Kadet Danish bergegas ke arah suara..dia terus berlari ke arah itu..arah gaung di belakang blok Gym tersebut..dan dilihatnya ada satu lembaga terbaring di dalam parit di bawah gaung tersebut..Danish terus menjerit.

KADET DANISH

Amyr, apa telah terjadi...


Kadet Danish terus turun dari tempok dan melompat ke parit yang kedalamannya kira-kira 8m dan terus memegang Amyr.

CUT TO:


13. EXT: DALAM PARIT TEPI GAUNG, BELAKANG BLOK GYM – MALAM ITU


KADET DANISH

Amyr, apa yang berlaku..kenapa kau jadi begini..siapa yang pukul kau, siapa..cakap Myr..


KADET AMYR

a...A...kkqa...kkqa...
Kadet Amyr diam...tiada lagi suara Amyr..kadet Danish menggoncangkan tubuhnya dan melihat dada Amyr ditikam dengan banet..Lalu Danish mencabut benet tersebut dengan perlahan dan memekap darah Amyr. Ditangan Kadet Danish masih memgang benet tersebut dengan perasaan hiba bercampur marah.

KADET DANISH

Amyr..Amyr...Amyr....

Kadet Danish bangun dan kebinggungan..Beliau menoleh ke belakang dan ke atas, tiba-tiba ada cahaya menyuluh wajahnya..


CUT TO:

14. EXT: DARI BELAKANG BLOK GYM DI ATAS – MALAM ITU

Kelihatan Pegawai Waran sedang menyuluh muka kadet Danish.


PEGAWAI WARAN HAFIZ

Kadet..Jangan Bergerak..Siapa kau, Apa yang terjadi.

Pegawai Waran Hafiz terus meminta bantuan dengan menggunakan radio callernya.

PEGAWAI WARAN HAFIZ

Kecemasan..Kecemasan..Tuan Razlan masuk, Tuan Razlan masuk..Over!

PEGAWAI WARAN I RAZLAN

Ya, Tuan Hafiz ada apa yang berlaku..Over!

PEGAWAI WARAN HAFIZ

Terdapat satu kes pergaduhan di belakang Blok Gym, sila datang ke sini segera, over!

PEGAWAI WARAN I RAZLAN

Kami datang dengan bantuan Over!

CUT TO:

15. EXT: DARI ATAS PEGAWAI WARAN TURUN KE PARIT – MALAM ITU


Pegawai Waran Hafiz memegang tangan Kadet Danish supaya Kadet Danish jangan lari. Kadet Danish dengan muka yang sedih dan berlinagan air mata terus merayu

KADET DANISH

Tolong..Tolng saya tuan...Tolong Amyr tuan..Tolong Amyr Tuan..


PEGAWAI WARAN II HAFIZ

Bak sini benet yang kamu pegang tu!

Danish terus menyerahkan benet. Dia terus merayu..

KADET DANISH

Tuan...Tolong Amyr tuan..Tolong Amyr Tuan..


Pegawai Waran Hafiz menyentuh tubuh kadet Amyr, dia meletakkan telinganya di hidung Kadet Amyr untuk memeriksa pernafasannya. Pegawai Waran Hafiz juga memengang lengang Kadet Amyr untuk memeriksa nadinya..tetapi secara tidak sah, Kadet Amyr didapati sudah tidak bernyawa.

CUT TO:

16. EXT: DARI ATAS BANTUAN TIBA, PEGAWAI TURUN KE PARIT – MALAM ITU


Kelihatan beberapa pegawai tentera termasuk Tuan Razlan dan pegawai Medik tiba, mereka terus bergegas turun ke parit dan mengangkat Kadet Amyr dan melakukan bantuan kecemasan.

PEGAWAI WARAN I RAZLAN

Apa yang telah terjadi!

PEGAWAI WARAN HAFIZ

Saya membuat rondaan, kemudian terdengar suara dari bawah ini, bila saya suluh, saya lihat 2 orang kadet ini.

PEGAWAI WARAN I RAZLAN

Siapa nama awak kadet?

KADET DANISH

Danish Tuan, Itu Amyr sahabat baik saya tuan.

PEGAWAI WARAN I RAZLAN

Apa yang terjadi Kadet, mengapa awak keluar dari kompoun ini dan sekarang sudah pukul berapa! Bukankah awak sepatutnya sudah masuk ke dalam doom!


KADET DANISH

Ya Tuan..Sa...

Pegawai Waran hafiz terus mencelah, dia memberikan benet yang dipegang oleh Kadet Danish kepada Tuan Razlan.

PEGAWAI WARAN HAFIZ

Tuan, Ini bahan bukti kes, benet ini adalah alat pembunuhan kadet ini, dan disini tertulis nama Mohd Danish 96057.

PEGAWAI WARAN I RAZLAN

Bukankah benet ini kepunyaan awak Kadet?

Kadet Danish kebingungan..bagaimana benet miliknya yang berada di perut Kadet Amyr dan menyebabkan Kadet Amyr terbunuh.

KADET DANISH

Hah...saya Tuan, macam mana..

PEGAWAI WARAN I RAZLAN


Kadet Danish, sila ikut saya ke pejabat...


CUT TO:

17. INT: PEJABAT KOLONEL ZAIDI – PAGI


Kolonel Zaidi sedang duduk di kerusinya. Dihadapan Kolonel Zaidi adalah Pegawai Waran I Razlan dan Pegawai Waran Hafiz, membincangkan tentang kejadian kelmarin..

KORONEL ZAIDI

Benet ini memang milik Kadet Danish, tetapi seperti yang kita semua kenal, Kadet Danish adalah sahabat baik Kadet Amyr. Tuan Hafiz, telah menceritakan perkara ini dan saya berpuas hati, tetapi apa pandangan Tuan Razlan,..

PEGAWAI WARAN I RAZLAN

Tuan, saya fikir mereka diiniaya, saya tidak fikir bahawa Kadet Danish yang melakukan perkara ini, sebab mereka dilihat sangat akrab, lagipun Kadet Danish juga cemerlang seperti Amyr, malah Kadet Danish mempunyai perwatakan yang sopan dan baik tuan.

KORONEL ZAIDI

Tuan Hafiz, boleh tak tuan panggil dua orang rakan kelas mereka untuk saya mendapatkan sedikity maklumat?

PEGAWAI WARAN HAFIZ

Tuan, Saya pergi panggil mereka tuan!

Pegawai Waran Hafiz bangun dan terus beredar.

CUT TO :

18. INT: PEJABAT KOLONEL ZAIDI – PAGI ITU JUGA

Pegawai Waran Hafiz membawa Kadet Nabil dan Kadet Faruk masuk bertemu Kolonel Zaidi.


KORONEL ZAIDI

Kadet Nabil, apa yang dilakukan oleh Kadet Amyr dan Kadet Danish semalam?

Kadet Nabil kelihatan berada di hadapan Kolonel bersama dengan Tuan Razlan. Kadet Faruk masih berada di luar bilik Kolonel bersama Tuan Hafiz.
KADET NABIL

Tuan, Semalam Kadet Danish nampak sedikit murung. Perkara ini berlaku selepas berita kemenangan Amyr didalam Pertandingan Rekacipta dan Danish tidak mendapaty sebarang tempat didalam pertandingan itu.

Sambung Kadet Nabil..

KADET NABIL

Pada malam itu, masa di makmal komputer pun Danish tidak duduk di sebelah Amyr, malah Danish keluar ke tandas dan tak pulang-pulang. Lepas itu, dalam jam 11.00 malam, saya nampak Amyr keluar tergesa-gesa, kemudian..entah yang kami tahu, mereka tak pulang walaupun semua telah tidur dan sehinggalah berita kejadian ini berlaku tuan!

KORONEL ZAIDI

Awak ada mensyaki apa-apa tak Nabil

KADET NABIL

Tidak Tuan! Saya dan Danish juga berkawan baik! Tapi..entahlah, semuanya berlaku dengan pantas! Saya juga binggung tuan!

KORONEL ZAIDI

Takpe, Terima kasih kadet, awak boleh ke kelas semula

KADET NABIL

Terima Kasih Tuan, saya pergi!


CUT TO:

19. INT: PEJABAT KOLONEL ZAIDI – PAGI ITU JUGA


Kelihatan Kadet Faruk pula disoal oleh Kolonel Zaidi.

KORONEL ZAIDI

Kadet Faruk, apa awak tahu apa yang terjadi semalam?

KADET FARUK


Ya Tuan, Semalam Danish dan Amyr tidak bertegur sapa. Danish nampak marahkan Amyr kerana sepatutnya dia yang menang tuan, dia pernah meberitahu saya yang idea dibuat oleh Amyr tu adalah idea dia tuan [ Faruk cuba memfitnah Danish ]. Mungkin, pasal itulah Danish cuba membunuh Amyr. Lagipun saya nampak semalam sewaktu di makmal komputer malam tadi Danish keluar dan mengajak Amyr, tetapi saya tak tahu pulak apa yang berlaku kemudiannya.

KORONEL ZAIDI

Apa betul dakwaan awak ini kadet? Awak jangan cuba memfitnah pulak!!


KADET FARUK

Betul tuan, saya tak tipu, saya nampak depan mata saya yang Danish ajak Amyr keluar malam tadi [ dengan nada yang sedikit terketar].

Kolonel Zaidi mengerutkan dahinya. Dia terus mengarahkan Faruk keluar.

KORONEL ZAIDI

Baiklah, Saya akan membawa perkara ini ke Mahkamah Tentera! Awak boleh pergi sekarang..

KADET FARUK

Baik tuan!

CUT TO:

20. INT: PEJABAT KOLONEL ZAIDI – PAGI ITU JUGA


Kolonel berbincang dengan Tuan Razlan, kemudian Kolonel memanggil Kadet Danish masuk mengadap:-

KORONEL ZAIDI

Kadet Danish, boleh awak member keterangan sekarang? Saya mahu awak ceritakan kejadian sebenar apa yang telah berlaku!

KADET DANISH

Ya Tuan, Semalam saya agak moody selepas mengetahui saya tidak memenangi sebarang tempat di Pertandingan Rekacipta . Saya moody selepas keputusan pertandingan itu diberitahu oleh Puan Sharina. Saya banyak bersendirian semalam tuan.

KORONEL ZAIDI

Habis, kemana awak pada malam tadi, mereka kata awak keluar dari makmal komputer dan awak tak pulang ke doom! Amyr juga keluar sejurus awak keluar...

KADET DANISH

Ya Tuan, Semalam saya keluar ke tandas, saya ada memberitahu Amyr, tapi selepas itu saya duduk di tepi padang, kemudian saya pulang ke doom. Saya lihat Amyr tiada di katilnya, jadi saya ingat Amyr mencari saya di sekitar maktab, sayapun terus keluar mencarinya tuan!

KORONEL ZAIDI

Jika bukan perbuatan awak yang membunuh Amyr, bagaimana dengan benet awak kadet?

KADET DANISH

Ya Tuan! Saya tidak pasti tentang perkara itu .

Danish kelihatan kebingungan dan matanya merah dan berkaca. Dia seperti tidak dapat menahan air matanya daripada keluar.

KORONEL ZAIDI

Baiklah Danish, saya akan bawa perkara ini ke Mahkamah Tentera. Kita perlu mengadili perkara ini.Ini soal kematian. Ini soal jenayah. Awak mesti diadili dan ibu bapa Amyr mesti mahukan keadilan.

Awak Danish, awak seorang kadet yang cemerlang, begitu juga Amyr! Awak juga sahabat Amyr! Saya juga melihat perkara ini seakan satu misteri. Ok Danish, memandangkan rekod awak yang cemerlang itu, saya memberi awak pengantungan daripada belajar selama 14 hari! Awak perlu mengemas sekarang dan pulang ke rumah! Saya akan menyelesaikan kes ini. Dan Awak perlu hadir melapor selepas tempoh penggantungan ini. Awak faham!


Danish kelihatan menangis dan tunduk sahaja. Kolonel Zaidi menyerahkan surat pengantungan kepada Kadet Danish.

KADET DANISH

Baik Tuan!

CUT TO:


21. EXT: POS PENGAWAL DANISH MENAIKI BAS – PAGI ITU


Danish merenung ke arah Pos Pengawal dan melihat kawasan Maktab dari atas bas, beliau kelihatan begitu sunggl sekali.


KADET DANISH

[Membisik ke hatinya] Aku tak boleh pulang, apa pula kata ibu bapaku! Ah..mana perlu ku pergi...binggung! Binggung aku! Aku perlu lari dari sini! Lari dari masalah ini!....

Finish...

FADE OUT.[u]
avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

ILLUSTRATIONS

Post by pejoi on 5/11/2009, 2:10 am

[url=]
avatar
pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by mustahil on 25/1/2010, 1:23 pm

gudluck to bro pejoi utk pitching pade ptg nih!!!!!!!!!
avatar
mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 32
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: Animatio:DARKNESS by pejoi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum