Aspati Training Official Forum
Sesiapa yang belum Daftar moh le mendaftar.
Yang dah tu Alhamdulillah!!!
February 2017
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728     

Calendar Calendar

Shoutmix

Latest topics
» Animasi & Filem : Format Skrip
2/8/2011, 12:35 pm by mohamad norashraf

» Forum Aspati Training di Aktifkan!
9/1/2011, 9:46 pm by hafiz554

» Status semasa
3/11/2010, 3:13 pm by Azzan

» Selamat Datang ke Forum JobCamp
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» GIGA-BOTTTTTTTTTT
3/11/2010, 3:11 pm by Azzan

» Topik Baru
23/9/2010, 5:31 pm by mustahil

» Kepada yang baru register-Let's Break The Ice!!!-
23/9/2010, 5:29 pm by mustahil

» Arif - Animasi Pantas.
13/5/2010, 5:06 pm by mustahil

» Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG
9/2/2010, 5:23 pm by mustahil


Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Azzan on 1/9/2009, 1:32 pm

SIPUTEH – BUDAK PAWANG

SINOPSIS

Pada zaman dahulu negeri Siam diperintah oleh seorang raja yg sgt mahir dengan ilmu sihir
lalu digelar Raja Sihir. Beliau adalah seorang pemerintah yg sgt tegas dan
menggunakan ilmu sihir dalam usahanya menakluki negeri Siam. Pemaisuri
negeri Siam baru melahirkan seorang putera tetapi satu ramalan buruk telah
menyebabkan Raja Sihir benci kepada puteranya sendiri. Ramalan itu menyatakan
Kerajaan Raja Sihir akan dijatuhkan oleh putera nya sendiri, lalu Raja Sihir
memerintahkan bahawa puteranya dibunuh. Pemaisuri yang sangat sayang kepada puteranya
memerintahkan pengawal melarikannya jauh ke dalam negeri jiran
iaitu Perak dan meminta pemerintah Perak menjaga putera nya itu.

Perak merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan ilmu-ilmu pawangnya yang mampu
menyembuhkan pelbagai penyakit dan melawan makhluk-makhluk jahat termasuklah
ilmu sihir. Perak diperintah oleh seorang Raja yang sangat adil, baik hati dan
tidak menyukai pemerintah negeri jirannya iaitu Raja Sihir. Ketika
pengawal berada di sebuah daerah didalam Perak yang dikenali sebagai Siputeh,
suatu perkara buruk telah berlaku, putera hampir terbunuh namun diselamatkan oleh Pawang Hutan yang
kemudiannya menjaga dan menjadi guru kepada putera. Pawang Hutan tidak
mengetahui identiti sebenar Putera Raja Siam lalu memberinya nama Siputeh,
sempena nama tempat mereka ditemukan dan sempena rupa paras putera raja yang
sangat cerah kulitnya.

Selepas 10 tahun, Siputeh telah membesar dan menjadi anak murid Pawang Hutan yang sangatbaik. Siputeh juga tanpa disedari mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu ilmu
dengan cepat dan kebolehan melihat perkara-perkara ghaib. Disebabkan
kebolehannya itu Pawang Hutan meminta Siputeh keluar menjelajah seluruh Perak
untuk meningkatkan ilmunya dan untuk mencari siapakah diri Siputeh sebenarnya Bemulalah
perjalanan Siputeh keseluruh pelosok kampung-kampung di negeri Perak, untuk
mencari ilmu-ilmu pawang dan juga untuk mencari identiti dirinya sendiri.


Last edited by Azzan on 14/9/2009, 5:36 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : Letak Title kepada thread)

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Azzan on 1/9/2009, 1:34 pm

ELEMEN-ELEMEN YANG CUBA DIMASUKKAN






KONFLIK PERAK-SIAM

Siam adalah antara kuasa besar yang pernah
menjajah negara kita malah mereka mungkin diiktiraf sebagai penjajah pertama di
Tanah Melayu

Kerajaan Siam berjaya melebarkan jajahannya
sehingga ke selatan Semenanjung Tanah Melayu iaitu sehingga ke pulau Temasik
(Singapura) dan melantik Temagi sebagai wakil pemerintah mereka.

Perak kemudian menjadi negeri jajahan Siam dan
terpaksa menghantar bunga emas kepada kerajaan itu.

Selangor menolong Perak membebaskan diri
daripada penjajahan Siam. Keadaan itu menyebabkan Raja Ligor murka dan kembali
menyerang Perak dan Selangor


SEJARAH PERAK

Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah
yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding Gua Tambun

Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu
telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan
manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak.


ALAT KEBESARAN PERAK

Alat-Alat Nobat
Pedang Cura Si Manja Kini
Mestika (Geliga) Embun
Cop Halilintar
Keris Taming Sari
Mahkota
Potoh Bernaga
Potoh Ular Lidi
Sembrit
Batil Emas
Puan Bujur dan Puan Nagataru
Keris Gading

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Deengalimeng on 2/9/2009, 10:51 pm

Boleh proceed dengan character profile ( 8 watak yang di ceritakan serba sedikit mengenainya , sifatnya , jenis , atau anything yang memberikan perwatakan kepada character ) contoh :

Character Profile - Starscream







Starscream is easily as accomplished, powerful and
deserving of leadership as Megatron. At least, that’s what he thinks.
Power-hungry and driven by jealousy, Starscream operates through three
ideals: lying, manipulation and deception. And when all else fails, a
bit of sabotage never goes astray. Wise bots are careful about turning
their backs on Starscream, just in case it’s the day he finally decides
to shove in the knife.
Though not as powerful as Megatron (despite what he thinks of
himself), Starscream is by no means a wimp. His null-rays can demolish
large buildings, and he can fly around so fast that he can break free
of Ratchet’s magnetic powers. Unfortunately, all these abilities are
offset by an enormous ego and the tendency to make long, overbearing
speeches when he should just get on it with and fight. More than once,
his leanings towards bombast have caused him to miss a golden
opportunity. Sadly, he doesn’t seem to be learning from these mistakes.

Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Azzan on 8/9/2009, 3:33 pm

Watak

Raja Siam
Seorang raja yang sangat tegas dalam pemerintahannya. Pada asalnya bersifat baik namun semakin dipengaruhi oleh orang kepercayannya iaitu Tukang Tilik Diraja. Semakin lama sikap Raja Siam semakin berubah dan mula membuatkan hubungan Siam dengan Perak yang suatu ketika baik menjadi semakin renggang.

Tukang Tilik Diraja
Penasihat dan orang kepercayaan Raja Siam. Dipercayai menjadi punca perubahan sikap Raja Siam. Sangat mahir dalam ilmu sihir, mempunyai hati yang gelap dan niat yang jahat. Banyak mempengaruhi segala keputusan Raja Siam

Permaisuri Siam
Isteri kepada Raja Siam, juga Puteri Negeri Perak. Berkahwin dengan Raja Siam ketika hubungan antara Perak dan Siam sangat baik. Setelah pergolakan berlaku, Pemaisuri Siam tidak dapat lagi berkunjung ke Perak dan amat merindui tempat asalnya.

Putera Mega
Putera sulung Raja Siam. Sangat baik rupa parasnya. Pada mulanya Raja Siam sangat gembira dengan kelahiran Putera Mega, tetapi termakan kata-kata Tukang Tilik Diraja lalu terus membenci Putera Mega. Tukang Tilik Diraja meramalkan Putera Mega pada suatu hari nanti akan menjadi punca kejatuhan Raja Siam dan Kerajaan Siam.

Pengawal Diraja Siam
Sangat setia dan takut kepada Raja Siam, tidak berani berkata apa-apa walaupun menyedari Raja mereka telah dipengaruhi oleh Tukang Tilik Diraja.

Raja Perak
Raja yang sangat adil dan baik hati. Pernah bersahabat baik dengan Raja Siam sehingga menyerahkan puterinya untuk dikahwini Raja Siam. Persahabatan mereka terjejas kerana perubahan sikap Raja Siam. Raja Perak sangat merindui puterinya dan masih mencari punca perubahan sikap Raja Siam dan ingin cuba membantunya.

Permaisuri Perak
Berasal dari Negeri Siam. Sangat baik hati dan disayangi rakyat negeri Perak. Sangat merindui puterinya dan berasa sangat kasihan kepada Raja Perak kerana masalah yang menimpa diantara Kerajaan Perak dan Kerajaan Siam

Pengawal Diraja Perak
Pengawal-pengawal yang setia kepada Raja Perak, bersenjatakan tombak dan keris. Mereka berasa amat berat hati jika terpaksa berlawan dengan Kerajaan Siam satu hari nanti

Jongot & Jangot
Dua makhluk yang cuba membunuh rombongan Pengawal Siam dan Putera Mega kerana tertarik dan cuba merampas barang perhiasan yang ada pada Putera Mega. Bersikap tamak, bengis tetapi kurang cerdik.

Pawang Hutan
Seorang pawang yang tinggal didalam hutan dipuncak bukit Lengkuas. Seorang yang sangat penyabar dan bijak menilai perangai seseorang. Mahir membuat ubat-ubatan dan merawat penyakit. Jarang berhubung dengan penduduk kampung kecuali untuk merawat penduduk kampung Lengkuas yang sakit. Sangat dihormati penduduk kampung Lengkuas.

Penjaga Hutan
Penunggu hutan sekitar Bukit Lengkuas, berumur sangat tua tetapi salalu menjelmakan diri sebagai seorang perempuan muda. Mempunyai keupayaan bertukar pelbagai rupa dan memanipulasi tumbuh-tumbuhan sekelilingnya. Bersahabat baik dengan Pawang Hutan semenjak Pawang Hutan masih kecil lagi. Baik hati dan menjaga keselamatan makhluk-makhluk didalam Bukit Lengkuas. Sangat menakutkan jika dalam keadaan marah.

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Deengalimeng on 8/9/2009, 4:38 pm

OK azzan , try imagine karakter tu dari segi rupanya dan pakaiannya.
Kalau boleh sketch, scan dan letak di forum ni
Very Happy

Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Azzan on 8/9/2009, 4:55 pm

melukis ni berat sikit, agak kurang berbakat.
saya cuba yang terbaik...

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by mustahil on 8/9/2009, 5:52 pm

ahh..jangan jadikan alasan!!...hahaha

mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Deengalimeng on 8/9/2009, 10:13 pm

mungkin ini dapat membantu untuk design character


http://www.hongkiat.com/blog/11-sites-to-create-cartoon-characters-of-yourself/

Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by pejoi on 9/9/2009, 4:22 pm

orait tu akan..dont give up..ko mesti bole punya

pejoi

Posts : 29
Join date : 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Asylum on 9/9/2009, 5:15 pm

Perlu kan bantuan?...Bantu~.....mari pokcik cerita pasal bantu.......

Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Azzan on 9/9/2009, 5:17 pm

bantu?
renti kan le mat...

nak bantu, bantu melukis

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Deengalimeng on 9/9/2009, 10:46 pm

Setakat belanja Asylum 1 character sekali lunch ok per ....
Kan asylum kan kan ?

Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Permaisuri

Post by Azzan on 14/9/2009, 4:32 pm


Artwork Pertama yg siap...
huh...

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Azzan on 14/9/2009, 4:35 pm

Pembetulan Plot
Semua yang ada kena mengena dengan Siam, akan ditukar ke Patani
cth:
Raja Siam - Raja Patani
Kerajaan Siam - Kerajaan Patani

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Contoh Lokasi - Kerajaan Patani

Post by Azzan on 14/9/2009, 4:55 pm


Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Dukacita

Post by Azzan on 14/9/2009, 5:13 pm

Dukacita dimaklumkan...
File asal watak permaisuri yang siap diwarnakan dalam format .psd, telah dilupa save oleh saya...
yang tinggal hanyalah file .jpg sahaja...
Ohhh tidak...

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by bainun waheeda on 14/9/2009, 11:24 pm

fufoohh!!


bainun waheeda

Posts : 4
Join date : 2009-09-10
Age : 28
Location : Ipoh

http://bainunwaheeda.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Azzan on 15/9/2009, 5:13 am

ape yg fufooh nyer mkcik benon...

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Asylum on 15/9/2009, 5:23 am

kire fuh dasat sngt tu...sampe kuar aura...huhuhuh

Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

PENGAWAL

Post by Azzan on 16/9/2009, 6:02 pm


Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by mustahil on 17/9/2009, 12:09 pm

Azzan wrote:Dukacita dimaklumkan...
File asal watak permaisuri yang siap diwarnakan dalam format .psd, telah dilupa save oleh saya...
yang tinggal hanyalah file .jpg sahaja...
Ohhh tidak...

lagi2 alasan..

mustahil

Posts : 78
Join date : 2009-08-27
Age : 31
Location : IPOH

http://www.uniutama.com/rahim/

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Asylum on 17/9/2009, 11:12 pm

ape kata kita bantu sama bantu...huhu..1 lunch x jadi masaalah kan?..mwheheheh

Asylum

Posts : 56
Join date : 2009-08-27
Age : 33
Location : Ipoh

http://www.myspace.com/asylumguitars

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Deengalimeng on 19/9/2009, 2:47 pm

Azzan : Bukak THREAD baru untuk character tu ....
My Comment :

1) Stroke - Excellent ( strok original dan ada commercial value )
2) Style - ada kearah JAPAN style skit ... tapi takpa ... GOOD
3) Unique .... ( Simpan source dia ... )

Keep up .... >>> Bukak thread baru aaaa
Tahniah Azzan ...

Deengalimeng

Posts : 116
Join date : 2009-08-24

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Azzan on 7/10/2009, 1:52 pm

Pasal thread baru tu, akan dibukak minggu ni gak, lepas smua karakter betul2 siap

skrng ni tgah buat skrip, episod 1 dah siap.. kot...

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Azzan on 7/10/2009, 1:54 pm

Episod 1
Permulaan Yang Malang

Didalam istana patani, raja kelihatan runsing dan mundar-mandir di perkarangan istana. Wajahnya cemas dan berpeluh-peluh. Baginda risaukan akan keadaan Permaisurinya, yang sedang ditemani oleh bidan diraja dan dayang-dayang istana.Pemaisuri sedang berada di kamar ditemani bidan diraja dan dayang-dayang. Baginda sudah tidak sabar-sabar lagi menunggu kelahiran pewaris takhtanya.

“Sabar Tuanku, patik dapat rasakan semuanya selamat sebentar lagi”

kata Penasihat Diraja yang sedang berdiri tenang disamping Baginda.

“Beta juga berharap Begitu”


Tiba-tiba terdengar teriakan bayi menangis, Bidan Diraja keluar dengan tenang sambil mendukung seorang bayi kecil.

“Tuanku, semuanya selamat. Lihat Tuanku, ini Putera sulung negara kita”

lalu memberikan bayi itu kepada Raja.

“Puteraku! Ayahnda sangat gembira hari ini, sekarang negara kita sudah ada pewaris takhta. Ayahnda akan namakan kamu Putera Mega”

Raja kelihatan sangat riang dan wajahnya berseri-seri.

“Bagaimana dengan keadaan Pemaisuri beta wahai bidan diraja?”
“Tuan Pemaisuri sihat sahaja namun keadaannya agak lemah, mungkin sebentar lagi Tuanku patut masuk melawat”
”Bagus Bidan Diraja, kamu telah melakukan tugas dengan baik sekali, terima kasih beta ucapkan”
”Sama-sama Tuanku, izinkan patik membawa Putera Mega kembali kepada ibunya”

Raja menyerahkan Putera Mega lalu Bidan Diraja meminta diri dan pulang ke kamar Pemaisuri.


Raja berjalan mendapatkan penasihatnya yang masih berdiri sejak dari tadi

“Wahai penasihat beta, bolehkah kiranya menilik nasib Putera beta yang baru lahir itu. Adakah dia dapat meneruskan keamanan di bumi Patani ini?”
“Baik tuanku, berikan patik sedikit masa”

Penasihat diraja mengeluarkan sebiji bebola kristal hitam dari jubahnya, sambil mengusap-usap dan membaca jampi kepada bebola itu. Tiba-tiba muka Penasihat diraja berkerut dan kelihatan cemas

”Mengapa penasihatku? Perkhabaran burukkah?”

Raja menjadi gelisah. Melihat Raja mendekatinya, Penasihat terus menyembunyikan bebola kristalnya.

“Patik berasa amat dukacita tuanku, amat susah untuk patik terangkan kepada tuanku”
“Katakanlah sahaja Penasihatku, beta percaya akan segala ramalanmu selama ini, tidak apa yang perlu kamu risaukan”
“Ampun tuanku, dalam ramalan patik sebentar tadi.. Patik.. Patik lihat Putera Mega apabila dewasa kelak akan mengkhinati tuanku dan patik lihat Putera berjaya membunuh Tuanku dan merampas takhta kerajaan Patani ini”

Raja menjadi sgt murka. Mukanya nampak merah padam dan tidak keruan...

“Penasihatku...”
“Ya Tuanku..”
“Sediakan Putera Mega untuk dihukum bunuh”
“Menjunjung titah tuanku”

Penasihat Diraja berlalu pergi sambil tersenyum sinis meninggalkan Raja yang masih tidak keruan..

Azzan

Posts : 29
Join date : 2009-08-27
Age : 29
Location : Batu Gajah

Back to top Go down

Re: Azzan - SIPUTEH BUDAK PAWANG

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum